Thursday 26 January 2017

Pengertian Aqiqah & Qurban

AQIQAH/QURBAN

Pengertian Aqiqah & Qurban
Aqiqah adalah merupakan Sunnat Muakkad, iaitu ibadat yang sangat-sangat dituntut kepada wali yang menjaga bayi tersebut.
Dalil Aqiqah
Dalil sunatnya ialah perbuatan Rasullah s.a.w melakukan aqiqah, begitu juga para sahabat r.a.
Dari Salman bin Amir Ad-Dhobbi r.a katanya, aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda,“Bersama bayi itu ialah aqiqahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan iaitu kekotoran dan najis”. (5154).
Waktu Aqiqah
Bermula waktu diharuskan menyembelih aqiqah dengan keluarnya semua tubuh bayi dari dalam rahim ibunya. Kalau ia disembelih sebelum sempurna keluarnya bayi maka ia tidak dapat dianggap aqiqah, ia dianggap daging biasa dan tidak mendapat sunat aqiqah.
Waktu sunatnya berterusan sehingga balighnya bayi itu. Setelah baligh, bapanya tidak lagi dituntut untuk melakukannya dan lebih baik dia melakukan untuk dirinya sendiri sebagai memenuhi perkara yang telah tertinggal.
Namun sunat yang dituntut ialah melakukan aqiqah pada hari ketujuh daripada kelahiran bayi. Dalilnya hadis riwayat Abu Daud dan selainya daripada Samrah r.a katanya, Rasullah s.a.w bersabda, “Bayi itu di tebus (tergantung) oleh aqiqahnya, disembelihkan ia pada hari ketujuh, dan pada hari itu diberikan nama serta dicukur rambutnya”.
Maksud ditebus oleh aqiqahnya ialah pembesarannya dalam keadaan baik dan penjagaannya akan sempurna bergantung pada sembelihan untuknya. Dinyatakan juga ia bermakna dia tidak boleh memberi syafa’at kepada kedua ibubapanya jika tidak disembelihkan aqiqah untuknya.
Hikmah Aqiqah
Melambangkan kegembiraan dengan nikmat Alah s.w.t yang menyenangkan kelahiran dan mengurniakan anak kepada kedua ibubapa. Anak itu amat disukai oleh pasangan ibubapa, maka sepatutnya dibuktikan kesyukuran kepada pengurniaan dan pemberian nikmat.
Firman Allah,
“Dan jika kamu bersyukur, nescaya ia meredhai bagimu kesyukuran itu.” 
(As-Zumar: 7)
“Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nascaya Aku akan tambah untuk kamu.” (Ibrahim: 7)
“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia.” 
(Al-Kahfi: 46)
Memudahkan pengisytiharan berita melahirkan anak dan menyebarkannya kerana berita ini perlu diistihar dan disebarkan agar jangan lahir cerita yang tidak diingini, aqiqah adalah jalan terbaik untuk itu.
Menyuburkan sifat pemurah dan baik hati dikalangan manusia dan melanggar hasutan nafsu yang mengajak kepada sifat bakhil.
Firman Allah,
“Sedang sifat bakhil itu memang tabiat semulajadi yang ada pada manusia.” (An-Nisa: 128)
“Dan sesiapa yang menjaga dirinya dari kebakhilan, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.” 
(Al-Hasyr: 9)
Merapatkan hati keluarga, kerabat, kawan dan orang miskin dengan menghimpunkan mereka untuk makan. Dengan berhimpunnya mereka di atas satu hidangan wujudlah kemesraan, kasih sayang dan persaudaraan. Islam adalah agama mesra, kasih sayang dan persaudaran.
Maksud Qurban
Menyembelih binatang ternakan yang terdiri dari unta, lembu, kambing dan kibas yang sampai *umur pada Hari Raya Qurban (Aidil Adha) 10 Zulhijjah selepas sembahyang sehinggalah gelincir matahari hari terakhir tasyrik iaitu 13 Zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah.
* umur binatang yang boleh diqurbankan
Unta 5 tahun ke atas – 7 bahagian
Lembu/kerbau 2 tahun ke atas – 7 bahagian
Kambing, 2 tahun ke atas – 1 bahagian
Bebiri, 6 bulan ke atas – 1 bahagian
Ditegah berqurban dengan binatang yang cacat, berpenyakit, patah anggotanya dan terlalu kurus.
Sunat-Sunat Ketika Menyembelih Binatang Qurban
  • Membaca Bismillah
  • Selawat ke atas Nabi
  • Menghadap Kiblat
  • Bertakbir
  • Berdoa supaya diterima ibadah Qurban.
Nota :
Daging qurban yang di niat nazar oleh orang yg bernazar, hendaklah disedekahkan semuanya. 1/3 daripada daging qurban sunat boleh dimakan oleh mereka yang berqurban dan selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin, boleh juga disedekahkan kepada orang kaya mengikut mahzab syafie. Mereka yang melakukan ibadah qurban disunatkan menyaksikan penyembelihan binatang qurban tersebut seperti mana sabda Rasullah s.a.w :
“Wahai Fatimah!, berdirilah di sisi qurbanmu dan saksikanlah, sesungguhnya titisan darahya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosa yang telah lalu.” (Riwayat Bazzar dan Ibnu Hibban)
Menyaksikan sendiri perlaksanaan qurban tidak termasuk dalam syarat-syarat ibadah qurban.
Imam Khatib didalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj menyatakan, disunatkan bagi mereka yang melaksanakan qurban untuk menyembelih sendiri binatang qurban tersebut, sekiranya tidak mampu disunatkan bagi mereka menyaksikan penyembelihan itu.
Hikmah Qurban
Ada sekian banyak hikmah yang dapat kita petik dari pelaksanaan ibadah qurban ini. Berikut adalah sebahagian hikmah-hikmah yang terkandung di dalam ibadah Qurban:
1. Keikhlasan dan ketulusan
Yang sangat mengagumkan dari peristiwa sejarah qurban Nabi Ibrahim adalah keikhlasan dan ketulusan dalam menjalankan perintah Allah tanpa ada rasa berat hati, beban, ataupun ketidak tulusan dalam menjalankan perintah Allah . Memang Nabi Ibrahim sebagai manusia tentu akan merasa berat ketika mendapatkan perintah dari Allah untuk menyembelih anaknya, yaitu nabi Ismail. Tapi kecintaan, keimanan dan ketaatan Nabi Ibrahim kepada Allah jauh lebih besar daripada kecintaan terhadap anak, isteri, harta, bahkan dunia dan seisinya, menjadikan perintah yang terasa berat tersebut terasa ringan, juga disisi lain Nabi Ibrahim pun yakin bahawa Allah tidak akan mensia-siakan mereka dan Allah akan memberikan yang terbaik untuk mereka.
2. Kesabaran
Bila kita renungi, peristiwa yang terjadi kepada Nabi Ibrahim dengan adanya perintah untuk menyembelih anaknya merupakan suatu peristiwa luar biasa yang memerlukan tingkat kesabaran yang luar biasa. Apatah lagi anak yang harus diqurbankan adalah seorang anak soleh yang telah dinanti-nantikannya selama puluhan tahun, dan ketika apa yang mereka nanti-nantikan tersebut hadir, lalu ada perintah untuk menyembelihnya, tentu ini merupakan suatu hal yang sangat berat dilakukan untuk ukuran manusia biasa.
Yang luar biasa adalah kesabaran ini bukan hanya dimiliki oleh Nabi Ibrahim saja, tetapi dimiliki oleh seluruh keluarga, baik anaknya sebagai orang yang menjadi qurban, ataupun isterinya sebagai seorang ibu yang telah melahirkan anak yang akan diqurbankan. Sekali lagi dalam menjalankan perintah ini sangat dituntut adanya kesabaran yang luar biasa, dan hal ini sudah dibuktikan oleh keluarga Nabi Ibrahim, sebagaimana yang dikisahkan Allah dalam Al-Quran :
“Maka tatkala sang putera itu berumur dewasa dan mampu berusaha bersama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku, sesungguhnya aku bermimpi aku menyembelihmu, maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!”. Ia menjawab: “Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.
Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipisnya, Kami berseru dan memanggilnya: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah meyakini mimpi kamu itu. Sesungguhnya demikianlah, Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar merupakan ujian yang nyata. Dan Kami tebus putera itu dengan seekor (kambing) sembelihan yang besar. Dan Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian”. (Ash-Shaaffaat: 102-108).
3. Ketaatan
Perintah yang dijalankan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya yang dicintai membuktikan ketaatan yang luar biasa kepada Allah. Nabi Ibrahim telah menjadikan Allah diatas segala-galanya, termasuk anak dan isterinya. Allah berfirman dalam surat Al-Baqarah ayat 131 : Ertinya : “Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Tunduk patuhlah!” Ibrahim menjawab: “Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam”.
Dalam surat Al-Baqarah ayat 133 Allah berfirman : Ertinya : “Adakah kamu hadir ketika Ya’qub kedatangan maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apa yang kamu sembah sepeninggalku?” Mereka menjawab: “Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya”.
Demikian pula halnya dengan si isteri yaitu Hajar, wanita solehah yang mempunyai ketaatan yang luar biasa kepada Allah , ketika mendengar perintah Allah dari suaminya beliau tidak berusaha menentangnya, kerana ini adalah perintah Allah yang harus ditaati. Begitupun dengan anaknya yang akan menjadi “qurban” tidak berusaha untuk mencegah atau mempengaruhi ayahnya untuk tidak melaksanakan perintah tersebut, malah sebaliknya, ia meyakinkan ayahnya, bahawa jka memang itu adalah perintah Allah , maka harus dilaksanakan. Allah mengabadikan perkataan Nabi Ismail kepada ayahnya dalam Al Quran sehubungan dengan peristiwa ini :
Ertinya :”Maka tatkala si putera itu berumur dewasa dan bisa berusaha bersama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku, sesungguhnya aku bermimpi aku menyembelihmu, maka pikirkanlah bagaimana pendapatmu!”. Ia menjawab: “Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.” (Ash-Shaffat: 102).
Itulah ketaatan yang dicontohkan oleh keluarga Nabi Ibrahim yang merupakan contoh ketaatan yang harus diteladani. Dan buah dari ketaatan ini adalah sebagaimana yang difirmankan Allah : Ertinya : “kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim.” (Ash-Shaffat: 109).
4. Pengorbanan
Kisah penyembelihan seorang anak oleh ayahnya disebabkan ketaatannya kepada Allah merupakan kisah pengorbanan yang luar biasa. Pengorbanan yang bukan hanya dibuktikan oleh Nabi Ibrahim saja sebagai seorang ayah, tapi juga dibuktikan oleh Ismail dan Hajar sebagai seorang anak dan isteri. Ibrahim sebagai seorang ayah tentu tidak akan mau membunuh seseorang yang menjadi darah dagingnya sendiri, apalagi yang akan diqurbankan adalah orang yang selama ini dinanti-nantikan selama puluhan tahun.
Begitupun dengan Hajar, si ibu, tentu tidak akan pernah berharap atau membayangkan bahawa anak satu-satunya yang dinanti-nantikan akan diqurbankan oleh ayahnya sendiri. Ismailpun sebagai seorang anak yang masih muda tidak akan pernah membayangkan bahawa suatu saat nyawanya akan terlepas dari jasad oleh ayahnya sendiri. Tapi demi ketaatan kepada Allah yang mereka sendiri yakin bahwa Allah tidak akan menzalimi hambanya maka mereka pun ikhlas menjalankan perintah Allah.
5. Keimanan
Ketaatan adalah buah dari keimanan, keimanan hadir dari keyakinan, dan keyakinan tumbuh kerana adanya hujah dan pembuktian. Keimanan keluarga Nabi Ibrahim merupakan keimanan yang didasarkan pada keyakinan yang dalam karena mereka telah melihat bukti nyata tentang kekuasaan Tuhan yang diyakini dan diimaninya. Dunia dan seisinya adalah bukti kebesaran Tuhan, bahkan alam semesta yang memiliki berjuta-juta galaksi merupakan bukti yang nyata akan kekuasaan Tuhan.
Itu semua adalah bukti yang membuahkan keimanan pada diri Nabi Ibrahim. Allah telah mengisahkan dalam surat Al-An’am ayat 75-79 tentang pencarian Tuhan yang dilakukan Nabi Ibrahim, yang menjadikan alam semesta sebagai pembuktian adanya Tuhan.
Ertinya : “Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan di langit dan bumi dan agar dia termasuk orang yang yakin. Ketika malam telah gelap, dia melihat sebuah bintang dia berkata: “Inilah Tuhanku”, tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: “Saya tidak suka kepada yang tenggelam.”
Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata: “Inilah Tuhanku”. Tetapi setelah bulan itu terbenam, dia berkata: “Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang yang sesat.”
Kemudian tatkala ia melihat matahari terbit, dia berkata: “Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar”. Maka tatkala matahari itu terbenam, dia berkata: “Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan. Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Rabb yang menciptakan langit dan bumi, dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.”
Disisi lain, Allah telah memberikan bukti secara langsung kepada Nabi Ibrahim yang semakin menambah keyakinan dan keimanannya, sebagaimana yang dikisahkan dalam Al-Quran surat Al-Baqarah ayat 260 :
Ertinya : Dan ketika Ibrahim berkata: “Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati.” Allah berfirman: “Belum yakinkah kamu?” Ibrahim menjawab: “Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap.
Allah berfirman: “ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah semuanya olehmu. “Lalu letakkan diatas tiap-tiap satu bukit satu bahagian dari bahagian-bahagian itu, kemudian panggillah mereka, nescaya mereka datang kepadamu dengan segera.” Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
Buah dari apa yang dialami oleh Nabi Ibrahim adalah keimanan dan keyakinan yang sangat dalam kepada Allah , sehingga dari keimanan dan keyakinan yang dalam kepada Allah , melahirkan hal-hal sebagaimana yang telah disebutkan di atas, iaitu ketulusan dan keikhlasan, kesabaran, juga ketaatan. Sehingga apapun bentuk yang diperintahkan Allah, nescaya akan dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, kesabaran dan ketundukan. Dan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim merupakan pembuktian terunggul keimanannya kepada Allah.

Thursday 13 November 2014

KHASIAT KAMBING YANG SERING DISEMBUNYIKAN...

Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.
daging-kambing


Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.
Daging kambing adalah daging yang paling baik
Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.
Pengurai Kolestrol Tepu
Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.
Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.
Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .
Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
Mencantikkan Kulit
Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.
Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.
Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.
Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).
Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.
Inilah tipu helah yahudi untuk menjatuhkan umat islam terutamanya.
Wallahu’Alam.
detikislam

Thursday 17 October 2013

JENIS KAMBING YANG SESUAI UNTUK DIBAKAR

JENIS KAMBING YANG SESUAI UNTUK DIBAKAR

post kali nie, kita akan fokus pada daging kambing itu sendiri plak..

untuk projek DIY ni, kami mencadangkan untuk anda mencuba kambing import new zealand nie. ni ada sedikit sedutan teks dari sebuah website..


"A little bit about the quality of our beef and lamb
It’s important not to take for granted the quality of the beef and lamb we have here at our fingertips living in New Zealand – we are very lucky indeed. Our beef and lamb are raised out in the fresh air of Heartland New Zealand, eating only grass and natural hay and silage. We’re lucky enough to have some of the best in the world. This is why I encourage you to always look for the New Zealand Beef and Lamb Quality Mark when buying beef and lamb – that way you know you’re buying the highest quality meat New Zealand has to offer."

mesti ramai yg still blur apa beza lamb dgn mutton..??...lamb sebenarnya kambing or daging daripada kambing yang berusia kurang daripada 2 tahun..rasa daging still kurang bau hamis dan daging lebih lembut or lebih juicy apabila dipanggang. Oleh sebab itu, pihak kami hanya memilih "Young Premium New Zealand Lamb" ataupun senang kita nk panggil "kambing muda new zealand". 


ada 3 level lamb ni sebenarnya iaitu:-

i) milk fed : the best quality yang kita boleh dapat. tetapi agak mahal dan susah nak dapat dipasaran Malaysia. bebas daripada apa2 suntikan dan antibodi.


ii) grass-fed : lamb yang diambil setelah 3-6 bulan selepas milk fed. biasanya akan dibiarkan sehingga setahun atau lebih (1-2 tahun). kualiti masih baik dan dikategorikan dalam premium meat. kebanyakkan lamb jenis ini daripada new zealand dan australia kerana persekitaran yang sesuai dan bekalan rumput yang bebas kimia dan bersifat organik. 






iii) grain-fed : kebanyakkan lamb akan diberikan makan grain selum dijual or diimport bagi membesarkan saiz dagingnyer. masih dilabel sebagai premium meat pr diletak label "USDA".




ARANG..???


yes..post kami yg seterusnya adalah berkenaan arang.

dalam pasaran sekarang.., kite boleh tgk pelbagai jenis arang. saiz berbeza, bentuk pun berbeza. sebenarnya arang-arang tersebut mempunyai peranan yang berbeza mengikut situasi.



kami di diykambinggolek hanya menggunakan arang yang terbaik bagi proses memanggang kambing. arang yang terbaik dapat menghasilkan haba yang cukup panas dan sesuai dalam memanggang kambing selama 3-4 jam. Proses memanggang tidak memerlukan api yang kuat tapi hanya haba dari arang tersebut sahaja bagi menjamin kualiti daging kambing golek tadi.
 Oleh itu, kami hanya menggunakan kayu bakau yang keras serta ketulan brick sahaja bagi menjamin proses memanggang berjalan lancar.

Selain itu, pihak kami turut menyediakan batu arang yang diyakini tahan lebih lama dari dua jenis arang tersebut. Bergantung kepada permintaan pelanggang kerana kos batu arang agak lebih mahal berbanding dua jenis arang tersebut. Batu arang ini lebih gemari oleh penduduk barat kerana kualiti dari haba dari batu arang tersebut. Malah setiap chef pasti akan mencadangkan batu arang ini.

Wednesday 16 October 2013

Senarai Harga Pakej

DIY Combo


nikmatilah kambing golek anda secara santai tanpa risaukan masa katerer anda. anda bebas nak mula bakar bila dan habis bile.
Kesemua menu kami sediakan..., anda hanya memanggang sahaja. Mudah dan jimat!


Pakej A - Basic DIY
+1 nos Young New Zealand Premium Lamb 15 -17kg
+set arang - 1 beg kayu bakau dan 2 kotak arang brick
+set pemanggang stainless steel
+black paper sauce
- hidangan untuk 50-80 orang makan
RM600






Pakej B -Standard DIY
+1 nos Young New Zealand Premium Lamb 15 -17kg
+set arang - 2 beg kayu bakau dan 2 kotak arang brick
+set pemanggang stainless steel
+black paper sauce
+mint sauce
+set salad - tomato dan royal salad
- hidangan untuk 50-80 orang makan
RM650





Pakej C - Premium DIY
+1 nos Young New Zealand Premium Lamb 15 -17kg
+set arang - 2 beg kayu bakau dan 2 kotak arang brick
+set pemanggang stainless steel
+black paper sauce
+mint sauce
+thousand island sauce
+set salad - tomato dan royal salad
+mushroom soup
+garlic bread
- hidangan untuk 50-80 orang makan
RM700



Salam Semua....

Assalamualaikum...

....rahsia kambing golek akan kami dedahkan..!!!


kambing golek antara fenomena terhangat di pasaran sekarang...peniaga2 tumbuh bagaikan cendawan menandakan permintaan terhadap kambing golek or kambing BBQ ni tidak pernah putus..
...majlis kahwin, hari jadi, house roaming, open house sempena hari raya, chinese new year ataupun depavalli..semuanya berkisar kepada menu kambing golek@bakar@bbq nie.
jika dilihat dalam majlis hari raya di jamuan korporat ataupun pejabat, que or barisan di meja kambing goleklah paling meriah dan panjang...ini menunjukkan sambutan masyarat sangat hangat..

namun, harga ditawarkan dipasaran adalah sekitar RM1000-1400 bergantung kepada menu dan berat kambing tersebut. Ia sedikit membebankan kita sebagai pelanggan untuk menyediakan juadah kambing golek ni kerana rata2 kita hanya sediakan budget sekitar RM1000-2500 untuk majlis kecil seperti sambutan hari jadi, house warming ataupun open house sempena hari raya.

untuk itu, kami di DIYkambingGolek nie cukup berbesar hati memenuhi hasrat masyarakat untuk menyediakan menu terhangat ni pada kadar harga yang mampu milik. Ini kerana kami sendiri peminat kambing golek dan asal seorang pelanggan juga, untuk itu kami memahami masalah anda...

layarilah post menu kami untuk mengetahui pakej2 istimewa kami.